Tentang Kami

Onesty Digital ialah pasukan pelaksana digital yang membantu bisnes berkembang dengan lebih jelas, tersusun dan terkawal.

Kami membantu bisnes menterjemahkan strategi kepada tindakan sebenar daripada website, funnel dan kempen digital, hinggalah kepada sistem dan automasi yang menyokong “growth business” jangka panjang. Pendekatan kami tidak bermula dengan iklan. Ia bermula dengan memahami bisnes anda secara menyeluruh bagaimana pelanggan datang, bagaimana jualan berlaku, dan di mana kebocoran sebenar berlaku.

Onesty Digital bukan sekadar vendor teknikal. Kami adalah rakan pelaksana untuk bisnes yang serius mahu membina pertumbuhan yang mampan, bukan sekadar hasil sementara. Sebahagian daripada ekosistem Onesty Group Sdn Bhd, kami dibina untuk menyokong bisnes yang mahu berkembang dengan lebih yakin dan tersusun.

Author picture

Onesty Digital dibina dengan satu prinsip yang jelas iaitu membantu perniagaan berkembang melalui sistem digital yang tersusun dan boleh dikawal. Berlandaskan lebih 20 tahun pengalaman, kami percaya teknologi sepatutnya memudahkan operasi dan jualan, bukan menambah kekeliruan. Setiap kerjasama bermula dengan memahami bisnes secara menyeluruh agar solusi yang dibangunkan benar-benar menyokong keperluan jangka panjang klien.

Raja Safuan
Founder Onesty Digital